Sunday, March 6, 2011

Bulan Macku....


Berjumpa lagi kita pada blogku yang sudah lamaku abaikan. Saya agak sibuk dan pada penghujung harinya, sudah berasa malas untuk menulis apa-apa di dalam blog ini.

Masa berlalu dengan begitu pantas. Tanpaku sedari, bulan tiga sudahpun hampir sampai pertengahannya. Bulan ini juga mengingat saya bahawa saya akan menjadi semakin tua...arghh...walaupun saya tidak berasa diriku tua tetapi, hakikat sebenarnya, saya memang semakin tua sama ada saya boleh menerimanya atau tidak.



Tidak ada banyak yang saya ingin tuliskan kali ini kerana jika saya berkata sepatah lagi, sudah tentu semua yang menyedihkan hatiku, yang mengecewakan...yang tidak ku sangka akan menjadi begini., tetapi saya percaya, jika saya boleh melihat semua perkara dari perspektif yang positif, sudah tentu semua perasaanku akan berubah menjadi positif, walaupun situasinya mungkin tidak akan berubah.



Kehidupan memang sentiasa penuh dengan kejutan, sesuatu yang tidak dirancang tetapi ianya terjadi. Saya ingin menjalani kehidupan yang penuh dengan kemenangan dalam Tuhan Yesus kerana itulah yang telah dilakukan oleh-Nya semasa di kayu salib, mati dan bangkit bagi memberi kemenangan kepada setiap umat-Nya...setiap anak-anak-Nya.


Hidup berdasarkan pada keimanan, dan bukan berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh dunia ini. Hidup pasti akan lebih bermakna, berfokus.

No comments: