Monday, August 17, 2009

Last Week of School

I am having phobia of last days of school before the school holiday. I pray it shall never happen again for the rest of my life.

The last week of school will always be extra busy as usual. Last minute meetings will come up and last minute settling of all school work plus many personal stuff to handle; mainly paying off bills and buying Miri stuff to bring back.

Food stocks need to be finished before I go off unless I want to make it a "home" for the moss and bacteria.

House need to be in order, bags need to be packed. Then...it's time time to go back and then...wahla...it's time to come back to square one, only waiting for the next holiday.

Life seems so routine for me...and I know have no one and nothing to blame except me.

Ok, change subject.

Beberapa minit yang lalu, saya mendapat tahu bahawa keadaan adalah sama dihampir disemua tempat di dunia ini. Pendidikan khas sentiasa dianak-tirikan oleh pihak sekolah. Seperti yang saya baca dalam sebuah buku oleh Torey Hayden, seorang pakar psikologi pendidikan dan juga guru pendidikan khas di Amerika, saya terkejut kerana beliau juga menulis bahawa kelas beliau tidak mendapat peluang untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan sekolah, lakonan, persembahan muzik dan aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan oleh pendidikan umum.


Rupa-rupanya, manusia tetap manusia. Hanya kulit sahaja yang membezakan seseorang. Hati semuanya sama sahaja. Jika tiada sesiapa yang menghargai kita, kita sendiri haruslah menghargai diri kita. Jika tiada sesiapa yang memotivasikan kita, kita sendiri harus memotivasikan diri kita.

Inilah kehidupan di dunia yang sebenarnya tidak mempunyai kehidupan.

Semuanya hidup dalam dunia fantasi tanpa menyedarinya.

Hanya Tuhan sahajalah realitinya.

Walau apapun keadaannya, saya ingin sentiasa mengingati diri saya dan juga orang lain bahawa saya bersyukur kerana dikurniakan peluang untuk melayani di tempat yang masyarakat menganak-tirikan dan saya bersyukur kerana mempunyai hati yang boleh mengasihi anak-anak ini yang bagi masyarakat, tidak berguna dan tidak menyumbangkan apa-apa kepada negara dan masyarakat.

Ketahuilah bahawa melalui anak-anak khas inilah Tuhan menunjukkan kita apa erti kasih-Nya
dan melalui anak-anak khas inilah kita dapat menyebarkan kasih Tuhan.

Tuhan maha berkuasa dan maha mengetahui.





2 comments:

akmj said...

u just got me thinking...

on 'special ppl'...

all3 said...

wat were u thinking on 'special ppl'?